Qudwah

qudwah. contoh. ikutan. idola. sanjungan.

kamu ada idola?

siapa? sebagai muslim bila ditanya siapa contoh teladan yang kamu ikuti dan kagumi kamu akan berusaha untuk katakan beliau adalah baginda Rasul SAW. namun jauh disudut hati kamu pasti akan terdetik sejauh mana aku meletakkan baginda Rasul sebagai qudwah? berapa banyak yang aku tahu tentang baginda? sejauh mana aku mengenali baginda? betul?

tak kenal maka tak cinta. tak cinta maka kita takkan mampu menghargainya. makan kenalilah baginda. carilah sebanyak kisah tentang baginda. berusahalah untuk mencintai baginda. hatta dalam bergurau senda sekalipun ada contoh dan teladan yang baginda tunjukkan. kamu tahu kisah gurauan baginda Rasul bersama Saidina Ali?

Kisahnya begini, saat keduanya sedang makan kurma Ali mengambil sebiji kurma lalu dimakan dan bijinya dikumpul dihadapan Rasulullah, kurma yang kedua tiga dan seterusnya juga begitu. lalu kata Ali, ya Rasulullah banyak sungguh kurma yang kau makan. lihat bertimbun biji kurma dihadapan mu. kamu tahu apa balas Rasulullah? Jawab baginda, Hai Ali, aku dikira lebih baik dari kamu. lihat pula kamu, habis biji2 kurma kau telan sekali hingga tiada lagi sisa berbaki.

indahnya kalau kita benar-benar mengenali baginda. sosok manusia yang tiada tandingannya. tiada.

namun sebagai manusia kita juga tak pernah lari untuk mengagumi manusia lainya. bolehkah kita meletakkan manusia lain sebagai qudwah ikutan?

boleh! ramai manusia hebat yang mencontohi nabi yang boleh kamu kagumi..tapi satu harus kamu ingat, bahawa selagi namanya manusia biasa pasti ada salah silapnya kekurangannya. tiada yang pernah lari dari kesilapan. saat kamu mengagumi seseorang ambil dan kutiplah segala kebaikan darinya namun tinggalkan kejahatan yang dilakukannya. jangan kerana satu kesilapan yang dilakukannya kamu terus meletakkannya jauh terbenam ke bumi. tidak. tidak seharusnya begitu.

dan kamu sendiri juga, harus kamu ingat, kamu juga seharusnya menjadi contoh qudwah, kerana kamu juga sedang diperhatikan~

wallahu a’lam.

Advertisements

penulisan

Assalamualaikum.

alhamdulillah. kini bermula baru kembara saya meredah fasa-fasa menarik dalam industri penulisan. (wah!) abjektif disusun. strategi dilakar. langkah bermula. biiznillah.

sungguh, penulisan adalah medium peneybaran idea yang efektif. pernah saya menghadiri satu seminar komunikasi anjuran KARISMA daerah Gombak dan penceramah jemputan adalah Sdr.Roslan Mohamad. cukup menyentap. penyampaianya dimulakan dengan menyebut 3 tokoh besar yang telah berjaya mengubah dunia.
Ayatullah Khomeni, Al-Maududi, dan Al-Banna. dan antara 3 tokoh, al-maududi adalah seorang journalist dan penulisan al-maududi telah berjaya merubah dunia Pakistan. penulisan boleh mempengaruhi pemikiran para pembacanya dan penulisan yang baik adalah penulisan yang boleh mempengaruhi pembaca ke arah kebaikan. Subahanallah.

Ibu pernah berpesan bahawa
“A Good Leader Is A Good Reader”

kullukum ra’in. kamu semua adalah pemimpin. paling tidak kamu sedang memimpin diri kamu dan memimpin penulisan serta pembaca kamu. maka banyakkan membaca. jika kurang membaca maka cetek pengetahuannya, dengan pengetahuan dan ilmu yang cetek ditakuti hasil penulisan kita akan tersasar atau mengelirukan pembaca.

Ayuh! kita pertingkat pembacaan kita, tingkatkan pemahaman kita moga hasil penulisan kita nanti akan memberi manfaat yang optimum kepada para pembacanya.
dengan itu bertambahlah kiraan ganjaran pahala kita disi Allah disamping memenuhi 1 dari 10 muwassofat iaitu “bermanfaat kepada yang lain”. insyaAllah.. Biiznillah

innocent kid

Asslamualaikum

memetik sedikit perbualan dengan si adik kecil berusia 9 tahun

adik: kak, kenape orang sibuk sangat pasal kes sosilawati?
kakak: sebab kes die dahsyat. dia hilang lepas tu dibunuh dengan kejam.
adik: tapi ramai lagi budak-budak kene buang pastu mati lagi teruk….

(^_____^)

nota: ini sebagai permulaan